Adakah Saya Akan Berjaya (Part 3)
Saya berjaya menurunkan 7Kg dalam tempoh 3 bulan!!!
Salam My Journey Guys!!
Agak-agak anda apa perasaan saya bila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7Kg dalam tempoh 3 bulan? Hahaha sudah semestinya bersemangat!!
Percayalah, dalam tempoh 3 bulan pertama bila kita berjaya amalkan diet, senaman yang konsisten, ianya secara automatik menjadikan saya seorang yang boleh dikatakan 'ketagih' untuk bersenam.. mungkin ini salah satu hobi baru saya untuk terus kekal sihat?
No turning back!! Tiada istilah berpatah balik guys.. semuanya saya kena teruskan dan harungi norma baharu untuk terus dapatkan body yang ideal.. badan yang mempunyai bisep, bahu, dada yang cantik dan perut yang flat. semuanya saya kena lakukan secara konsisten dan terus menerus...
Sepanjang tempoh 9 bulan dari januari 2019, saya telah menurunkan berat badan sebanyak 18Kg!!! Masa ni, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya saya.. sesungguhnya, benar kata Coach diluar sana... "Kita Buat, Kita Dapat".. yes!! saya dapat!!
Masa ni teruja sangat nak beli baju baru, saiz M.. dah lama tak sarung saiz M.. hahaha, seluar semua dah longgar.. walaubagaimanapun, saya masih belum menang guys.. walaupun berat dah turun 18Kg, saya perlu cutting lagi badan saya, bagi namak fit dan lean.. masih banyak lagi lemak-lemak tepu dalam badan yang perlu dibakar dan disingkirkan...
Sebab itu, saya meletakkan yang Program Penurunan Berat badan adalah satu "perjalanan" dan bukan boleh disetkan dengan tempoh masa.. contoh, dalam 1 tahun aku nak kurus, dan cuba bayangkan kalau tak kurus? mesti anda akan hampa dan kecewa kan?
Masa ni, rutin senaman saya telah berubah dari light kepada heavy.. banyak kardio dan latihan bebanan saya buat.. saya tidak mahu penurunan berat badan semata-mata, tetapi mahukan yang terbaik!! Kalau anda perhatikan gambar saya di atas, walaupun ada penurunan, tetapi lemak masih ada di perut, lengan dan dada.. masih tidak nampak otot-otot kan? sebab itu, saya perlu terus bersenam dan kekalkan diet saya..
Nampak tak guys!! kalau kita betul-betul disiplin dan banyak bersabar.. insyaallah kita akan dapat apa yang kita inginkan.. so, perjalanan saya terus bersambung..
Jom!! Follow Me...
My FB : shutterzgraffix
My IG : shutterzfitness
Comments
Post a Comment