Bahagia Ke Kalau Perut Boroi Atau Buncit?

Salam Motivasi Guys!!

Pada siapa yang perut boroi atau buncit tu.. cuba tanya diri anda.. bahagiakah bila perut macam tu?

Semua sedia maklum.. kebahagiaan seseorang itu sangat subjektif.. tapi jika anda 'menganggap' perut boroi atau buncit tu lambang kebahagiaan... Saya minta maaf terlebih dahulu.. hehehe.. sebab pada saya.. ianya lebih kepada 'kedukaan'..

Kenapa saya cakap macam ni? Sebab saya pernah alaminya.. sangat 'mendukacitakan' diri saya.. 

Apa aktiviti yang nak dibuat, sangat terbatas, mudah penat, cepat semput, sangat tidak selesa bila berpakaian, badan gelebeh, tidur berdengkur dan banyak lagi.. serta mudah dapat penyakit guys..


Jadi guys.. saya mengajak dan menyeru anda disana yang masih 'bahagia' dengan fizikal boroi atau buncit.. jom bersama saya kembali fit dan mencari kebahagiaan yang sebenar.. tak kisah la lelaki atau perempuan.. janji kita workout untuk kesihatan.. 

Banyak aktiviti fitness yang ada disekitar anda.. boleh join kelas.. atau anda boleh mulakan sendiri..

Jom saya kongsikan sedikit tips untuk permulaan..

1. Set setiap sabtu atau ahad untuk anda beriadah bersama keluarga dan anak2.. dapat berjalan-jalan di taman 2 jam sudah memadai..

2. Set seminggu 2 kali anda berlari atau berjogging petang-petang dengan anak-anak, isteri atau kawan-kawan yang mindset positif...

3. Cipta 1 hobi baru dengan keluarga atau kawan.. contoh seminggu sekali berbasikal, lompat tali dan bersenam..

4. Adakan 'persaingan' sihat antara suami isteri.. adik beradik.. saudara mara.. rakan pejabat.. berkenaan program penurunan berat badan..

5. Wujudkan group makan sihat antara rakan2 dan juga keluarga..

Dan banyak lagi guys.. cuma kita mahu dengan tidak sahaja.. 


Dalam saya mengajak anda, anda juga perlu memujuk diri anda agar berubah untuk lebih membahagiakan ahli keluarga anda.. jangan risau.. 'pulangan' untuk pelaburan aktiviti fitness ni hanya anda yang dapat.. percayalah.. saya telah berjaya.. anda juga mampu.. dan secara automatiknya.. anda mengecapi kebahagiaan yang paling terindah...

Jom guys.. anda masih belum terlambat untuk mulakan..

Jom!! Follow Me...













Comments

Popular posts from this blog

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?