Saya Tidak Berhenti Separuh Jalan!!! (Part 5)

Salam My Journey Guys!!

Setelah berjaya mengharungi liku-liku dan ujian untuk kembali ke arah gaya hidup sihat, dengan menghilangkan 20 Kg.. saya teruskan dengan mengikuti Program Bersenam Secara Berkomuniti (Berkumpulan) iaitu FAT To FIT yang diadakan di putrajaya.

Program ini mengambil masa 8 Minggu dengan 16 Kali Sesi Latihan (Seminggu 2 Kali).. Program ini lebih fokus kepada senaman jenis HIIT (High Intensity Interval Training).



Pengalaman Mengikuti Program Fat To Fit Putrajaya

Terus terang saya katakan, pengalaman bersama team Fat To Fit Putrajaya ni sangat bermakna.. tujuan utama ialah untuk mempelajari jenis dan teknik senaman yang dijalankan disini.

Ternyata, program yang disusun oleh team Absolute Wellness sangat bertepatan dengan apa yang saya inginkan.. iaitu senaman HIIT!!




Manfaat Selain Bersenam

Selain bersenam, kami juga di ajar untuk menjaga pengambilan kalori harian. Ini kerana tanpa menjaga pemakanan, proses untuk penurunan berat badan mungkin mengambil masa agak lama. Jadi, kami perlu betul-betul manfaatkan antara pemakanan dan juga senaman.. barulah akan muncul hasil yang terbaik.




Program Fat To Fit ini antara yang terbaik pernah saya sertai.. kerana mereka tidak mengambil ukuran berat di timbangan semata-mata, malah mereka mengukur berat dengan mengambilkira peratus kehilangan lemak badan.. ha.. menarik kan?

Penimbang yang mereka gunakan juga adalah yang terbaik iaitu penimbang In-Body.

Nanti saya akan ceritakan berkenaan keputusan timbangan berat menggunakan penimbang In-Body..




Coach Mohd Firdaus adalah salah seorang yang saya inspirasikan untuk terus kekal dalam perubahan hidup ke arah fitness.. ilmu yang di ajar sangat hebat dan sangat bermanfaat untuk diamalkan bagi mengekalkan gaya hidup sihat..


Jom!! Follow Me...



Comments

  1. Hebatnya! Tahniah ye, dan kipidap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis... kita boleh jika kita betul berazam sis.. sis pun boleh!!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?