Ikrar Fitness


Salam Info & Tips Guys!!!


Ada yang pernah bertanya saya, bagaimana nak mula untuk berubah ke arah lebih baik? Atau nak mulakan program diet dan sihat ini? Jadi, sebagai permulaan, sebelum anda semua pergi lebih mendalam untuk merubah gaya hidup yang baru iaitu, gaya hidup lebih sihat.. jom saya mengajak anda untuk sama-sama kita melafazkan Ikrar Fitness supaya kita lebih kepada memegang janji untuk terus berusaha ke arah yang kita inginkan.. jom baca..


"Sahaja aku BERNIAT untuk mendapatkan badan yang sihat dan fit, dengan mengamalkan DISIPLIN pemakanan kalori seimbang (rendah kalori) dan senaman 3 atau 4 kali seminggu, beserta dengan menanam KESABARAN yang tinggi bagi menepis anasir-anasir negatif semasa menjalankan program diet ini, kerana ALLAH Ta'ala"


Diharap dengan lafaz ikrar di atas, anda akan lebih bersemangat untuk mengubah gaya hidup anda!!


Kenapa Perlu Berikrar?


Setiap manusia perlukan 1 niat dan 1 kata-kata yang perlu disemat bagi melengkapkan tujuan sesuatu perkara itu.. sebagai seorang muslim, kita diwajibkan menanam serta mempercayai dan mengamalkan rukun iman dan rukun islam untuk menjadi muslim terbaik.. dan juga sebagai rakyat malaysia, kita berikrar dengan rukun negara bagi menjadi rakyat yang terbaik.


Jadi, tak salahkan kalau untuk berdiet kita melafazkan Ikrar Fitness? Sekurang-kurangnya kita ada sesuatu untuk dijadikan poin kenapa kita mahu berubah ke arah lebih sihat..


Jom!! Follow Me...


Comments

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?