Rutin Permulaan Bagi 'Beginner'

Salam Fitness Guys!!

Dalam memulakan sesuatu perkara kita perlu mencari dan menimba ilmu yang berkaitan.. contoh memasak.. perlu cari ilmu memasak dan resipi.. tak lupa juga jika ingin mulakan program diet dan senaman.. perlu ada ilmu, barulah kita mudah untuk berjaya..

Jadi kepada yang baru hendak mula dengan program diet dan senaman.. ataupun 'beginner', anda boleh baca post saya berkenaan Ikrar Fitness, Apa Itu Diet?, Apa Itu Kalori dan bagaimana mengira kalori serta keperluan kalori terlebih dahulu.. bukan apa, bagi lebih faham berkenaan hubungkait pemakanan dan senaman..

Disini saya rungkaikan apa rutin yang saya plan dan akan ikut bagi mengekalkan konsisten dalam diet dan bersenam..


1- Tidak Lakukan Senaman Hari-Hari

Ini penting.. kita nak sihat.. bukan nak sakit.. dalam bersenam perlu ada hari untuk badan 'recover' dari aktiviti senaman yang kita buat.. so, saya susun jadual hari apa untuk bersenam dan hari apa untuk berehat. Semua atlet bina badan atau fitness mengamalkan cara ini.. seeloknya 4 kali seminggu dan 3 hari rehat.. sudah memadai.


2- Pelbagaikan Senaman Yang Mudah

Ini penting juga.. untuk permulaan.. badan kita memang gemuk dan berat serta besar.. sudah semestinya kita tak boleh nak buat senaman berimpak tinggi seperti sprint, seperti angkat bebaban tinggi dan macam-macam lagi.. 

Apa yang saya buat.. ialah.. berjogging setempat, lompat tanpa tali dan push-up sahaja dalam tempoh 3 bulan pertama.. keutamaan saya adalah senaman kardio untuk membakar lemak terlebih dahulu.. badan nak bergerak laju susah.. sebab lemak terlalu banyak. Setkan Berapa minit setiap senaman.. kalau boleh jangan lebih dari 1 jam.


3- Pentingkan Kualiti, Bukan 'Kuantiti'

Setelah saya pilih 3 senaman yang rasa mampu untuk dilakukan setiap kali bersenam, saya akan pastikan ianya benar-benar berkesan.. sebab untuk mendapatkan masa bersenam adalah susah, untuk membuang rasa malas bersenam juga susah.. jadi.. bersenamlah dengan sebenar-benarnya.. 

Ingat guys!! Jika kita pilih 10 jenis senaman sekalipun, tapi kita tak pandai nak buat, tak sampai 30 saat dah letih, lepastu selfie dan posting 'done workout' hahaha.. lebih baik lupakan.. 


4- Cari Hobi Sukan Yang Diminati

Dalam 4 hari kita bersenam, 3 hari kita berehat.. dan dalam 3 hari rehat tersebut.. wujudkan 1 hari dengan 1 hobi sukan yang baru.. contoh seperti berbasikal.. beriadah dengan keluarga.. bersukan dengan rakan-rakan.. macam saya, saya wujudkan hobi memanah setiap sabtu atau ahad.. selain bersenam.. sekurang-kurangnya kita ada aktiviti sukan lain yang berfaedah.. 


5- Wujudkan Kesedaran Kesihatan Diri

Untuk ini, ramai dari kita memandang ringan kan? Termasuk saya.. sehinggalah saya didekati penyakit.. baru nak wujudkan kesedaran untuk kesihatan diri saya.. 

Anda boleh buat pemeriksaan berkala samada 1 tahun sekali atau 2 kali setahun.. bagi memudahkan anda terus konsisten bersenam.. bahaya juga jika kita terus bersenam, tetapi sebenarnya kita ada penyakit yang merbahaya tanpa kita sedari.. tak rugi pun jika anda buat pemeriksaan kesihatan berkala..

Jika anda berjaya setkan 5 rutin di atas semasa anda mulakan program diet dan senaman, saya jamin yang anda akan terus konsisten seperti saya.. 

Jom!! Follow Me...

My FB : shutterzgraffix
My IG : shutterzfitness









Comments

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?