KALORI - Apa Itu Diet Kalori? (Part 6)
Apa maksudnya? Boleh ke menurunkan berat badan?
Salam Info & Tips Guys!!!
Sebelum ini, mungkin ada di antara anda dah baca entri saya iaitu, Apa Maksud DIet dan KALORI Part 1 - 4. Jika anda sudah baca, dan faham.. baru boleh teruskan dengan Entri kali ini iaitu, Apa Itu Diet Kalori?
Untuk makluman anda, diet kalori ini terbahagi kepada dua, iaitu diet rendah kalori dan diet tinggi kalori.. ini yang utama samada untuk menurunkan berat badan ataupun menaikkan berat badan. Untuk senang faham :
Diet Rendah Kalori = Untuk Menurunkan Berat Badan
DIet Tinggi Kalori = Untuk Menaikkan Berat Badan
Mudah kan? Senang Faham kan? Nak lebih faham lagi, anda makan kurang kalori bermakna anda akan menurunkan berat badan anda.. anda makan lebih kalori bermakna anda nak menaikkan berat badan anda.
Seperti saya, dalam entri Adakah Saya Akan Berjaya (Part 1) saya telah memilih untuk mengikuti atau mengamalkan Diet Rendah Kalori dengan mengekalkan Makronutrien dalam setiap diet.. haaa.. macam pening kan? senang je..
Bagi kes badan dah gemuk macam saya dahulu.. Jumlah kalori yang kita makan mesti kurang dari jumlah kalori sepatutnya badan kita perlukan..
contoh, jika badan saya gemuk memerlukan 2500 kalori tanpa bersenam, so bila buat diet rendah kalori.. kita hanya ambil 1800 kalori sahaja.. defisit 700 kalori.. ini yang akan membuatkan badan kita turun berat.. faham? kalau nak naik lagi.. tambah la kalori yang badan perlukan tu.. hehehe..
Jadi Apa Yang Perlu Kita Buat?
Kita jangan menurunkan kalori membuta tuli.. iaitu, kononnya tak nak makan pagi.. malam hanya makan oat sahaja.. itu semua menyiksakan diri!!!
Diet Rendah Kalori ni iaitu Diet Suku-Suku Separuh (DSSS) ni adalah diet yang sihat dan bahagia.. mana tidaknya.. makan 5 kali sehari.. 3 hidangan utama, 2 hidangan sampingan.. tapi ambil mengikut portion Suku Nasi, Suku Protein, Separuh Serat/Sayuran.
Jadi, jika anda betul-betul nak ke arah menurunkan berat badan.. percayalah.. DSSS ni adalah pilihan terbaik (pada pandangan peribadi saya)... dan ianya terbukti pada saya dan juga ramai orang..
Jom!! Follow Me...
Comments
Post a Comment