Posts

Showing posts from September, 2020

Saya Tidak Berhenti Separuh Jalan!!! (Part 5)

Image
Salam My Journey Guys!! Setelah berjaya mengharungi liku-liku dan ujian untuk kembali ke arah gaya hidup sihat, dengan menghilangkan 20 Kg.. saya teruskan dengan mengikuti Program Bersenam Secara Berkomuniti (Berkumpulan) iaitu FAT To FIT yang diadakan di putrajaya. Program ini mengambil masa 8 Minggu dengan 16 Kali Sesi Latihan (Seminggu 2 Kali).. Program ini lebih fokus kepada senaman jenis HIIT (High Intensity Interval Training). Pengalaman Mengikuti Program Fat To Fit Putrajaya Terus terang saya katakan, pengalaman bersama team Fat To Fit Putrajaya ni sangat bermakna.. tujuan utama ialah untuk mempelajari jenis dan teknik senaman yang dijalankan disini. Ternyata, program yang disusun oleh team Absolute Wellness sangat bertepatan dengan apa yang saya inginkan.. iaitu senaman HIIT!! Manfaat Selain Bersenam Selain bersenam, kami juga di ajar untuk menjaga pengambilan kalori harian. Ini kerana tanpa menjaga pemakanan, proses untuk penurunan berat badan mungkin mengambil masa agak lama.