Bila Perasaan Muda Kembali!!

Salam Certot Guys!!

Bila anda senaman, jaga makan dan memberi impak 'awet muda!'

Setelah setahun workout, tiba-tiba diri rasa macam.. "wahhhh.. berbaloinya berusaha keras dalam menurunkan berat badan.." dan insyaallah akan terus berusah bagi mendapatkan kesihatan dan kesegaran badan...

Dan perasaan ini saya kongsikan masa saya kecik dulu.. bila berjalan dengan abah saya, dan bekerja dengan abah saya.. ayat yang paling best kawan-kawan dia panggil.. macam..

"Joe, adik hang ke?" Abah aku senyum sambil ckp.. "ye.."
mimik saya macam.. "hek elleh.. abah la.." hahaha sambil gelak..
Suatu ketika dulu tahun 2000.. tidak dinafikan yang abah saya memang dan sangat fit orangnya.. badan dia tidak buncit... dan tidak "sado".. cukup fit dan segak mata memandang.. bila umur saya dalam 30an dah buncit, dia ada menegur saya dan motivasikan saya supaya jaga badan dan pemakanan.
Sekarang, bila badan saya fit dan tidak buncit lagi.. baru saya dapat rasakan.. yang bila kita jaga makan, senaman, positif.. kita akan terasa segar, muda dan orang pun nampak kita macam awet muda.. gitew!! 😅
Lagi best.. pengalaman masa amik report kad kafa anak yang sulung kawan2 dia yang tidak berapa nak kenal saya.. menjerit beritahu anak saya..
"Hafiy, awalnya abang awak sampai.."

Hahaha!! Saya dengar pun terkembang sekejap hidung.. hahaha.. cuma senyuman sahaja dilemparkan untuk mereka...
Jadi, moral disini, bukan membangga.. apatah lagi menunjuk..tapi lebih kepada memberikan anda semua semangat 💪 untuk terus dan terus jaga kesihatan dan diet serta senaman.. Konsisten dalam apa yang anda nak.. jangan berhenti di tengah jalan.. ok guys!!

Jom!! Follow Me...

Comments

Popular posts from this blog

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?