Waktu Bila Sesuai Nak Timbang Berat Badan?
Mesti ramai tertanya-tanya kan?
Salam Info & Tips Guys!!
Untuk harini saya nak bercerita perihal penimbang berat badan.. yes ramai yang ingin berdiet dan senaman memerlukan penimbang berat khas untuk menimbang badan dirumah.. Bagus!! Dengan adanya penimbang ini, anda mudah nak memantau naik atau turun berat badan anda..
Tidak dinafikan.. rata-rata yang baru untuk memulakan program diet ni akan lebih teruja untuk melihat hasil setelah berdiet atau bersenam seharian.. saya juga pernah alaminya.. kalau boleh tu nak timbang hari-hari.. nak pastikan berat turun hari-hari.. tapi sangkaan meleset.. dan bahaya sebenarnya timbang setiap hari tanpa konsistensi.. hehe.. macam mana tu? Sebab ianya akan membuatkan kita hilang mood, mudah mengalah dan putus asa guys!!
Disini saya boleh cadangkan kepada anda semua waktu bila sesuai untuk menimbang berat badan :
1. Timbang 3 bulan sekali
2. Timbang sebulan sekali
3. Timbang sebulan 2 kali
4. Timbang 2 minggu sekali
5. Timbang 1 minggu sekali
Mudah kan? Tetapi masih ada lagi yang ingin timbang setiap hari kan?
Jika nak timbang setiap hari, anda perlu konsisten dengan malam sebelumnya.. perlu makan sebelum jam 9.30 malam.. dan waktu terbaik untuk timbang setiap hari ialah selepas bangun pagi, sebelum sarapan pada hari berikutnya!! Yes.. waktu ini badan kita sangat fresh..
Nampak kan? So, anda mudah untuk memantau naik atau turun berat badan anda.. dan anda juga boleh memantau pengambilan kalori anda setiap hari.. cuma pada saya ianya masih tidak digalakkan.. saya lebih sesuai timbang 2 minggu sekali.. hehehe.. apapun, pilihan ditangan anda..
Jom!! Follow Me...
Comments
Post a Comment