Adakah Saya Akan Berjaya (Part 1)
Persoalan ini selalu saya fikirkan, adakah saya akan berjaya?
Salam My Journey Guys!!
Persoalan inilah yang saya sentiasa fikir sebelum saya mulakan program diet saya untuk kali ke 4.. mana tak nya, dah 3 kali program diet saya gagal dek kerana kekurangan ilmu berkenaan 'Pengurusan' badan.. hampir putus asa.. jadi, saya nekad untuk kali ke 4 ni, saya tidak akan gagal dan tidak akan putus asa.. kenapa?
1 - Kerana saya mudah letih dan pernah diserang semput.. cepat mengah bila bermain dengan anak2..
2 - Kerap mendapat serangan Gout!! sebenarnya tak tahu pun, tapi bila kali ke 4 saya kena serang, saya terus buat cek darah dan terbukti Asid Urik saya tinggi.. dan mudah mendapat serangan jika tidak mengawal pengambilan makanan.
3 - Selepas membuat pemeriksaan darah, ada masalah lain yang timbul iaitu, Paras Kolesterol saya sudah border!! Doktor beri saya dua pilihan iaitu, nak makan ubat kolesterol ataupun kuruskan badan? dan saya muktamadkan pilihan saya iaitu, NAK KURUSKAN BADAN!!
Kali terakhir saya buat check up darah ialah pada bulan November 2018, dan saya ada sebulan untuk persediaan mental dan fizikal bagi memulakan program diet saya. Dalam tempoh sebulan itu lah saya mencari di laman web berkenaan ilmu diet, kalori, senaman dan sebagainya.. termasuk supplement tambahan. Saya cari dan buat timbang tara banyak jenis diet yang ada luar sana, dan salah satunya ialah, Diet Rendah Kalori atau pun Diet Suku-Suku Separuh.. dan saya nekad untuk mengikut Diet Rendah Kalori ini..
Kenapa Diet Suku-Suku Separuh?
Ini kerana, Diet Suku-Suku Separuh (DSSS) ini masih menggalakkan seseorang yang ingin menurunkan berat badan untuk makan dalam 5 kali sehari dengan pengawalan kuantiti makanan yang kita ambil iaitu Suku Karbo, Suku Protein dan Separuh Sayuran/Buah.
DSSS ini tidak menyeksa saya yang suka makan.. ianya diet paling selamat dan memudahkan untuk saya.
Berapa Berat Saya Semasa Memulakan Program Diet?
Tinggi saya ialah 161cm, Berat 86kg dan BMI menunjukkan saya 33.2 (Obesity!!!). Anda rasa? dah macam ninja turtle pendek dah rupa.. gambar di atas diambil semasa 1 Januari 2019 sebagai bukti perut sangat memboncit...
Apa Yang Saya Buat?
1 - Ikrar - Saya berikrar untuk tidak berputus asa.. (ikrar ada dalam post info saya)
2 - Rancang - Saya merancang jenis diet yang akan saya ikut iaitu (DSSS).
3 - Target - Saya semak BMI dan target berat ideal saya ialah 65kg. BMI hanya sebagai kayu pengukur untuk mendapatkan berat sebenar mengikut tinggi saya.
4 - Atur - Saya mengatur jadual untuk bersenam dirumah sahaja.. nak pergi gym tak sempat dengan kekangan kerja.
5 - Laksana - Saya laksanakan apa yang saya perlu buat untuk menurunkan berat badan saya.
Jom!! Follow Me...
Comments
Post a Comment