Pernah Gagal Untuk Diet Dan Senaman?

Salam Certot Guys!!

Harini saya nak kongsi satu kisah iaitu perlukan kegagalan untuk berjaya dalam proses pengurusan berat badan..

Anda pernah gagal? Saya pernah!! Terus terang saya beritahu. Saya pernah gagal 3 kali.. dan kali ke 4 saya berjaya..

Ukuran kejayaan seseorang yang berjaya untuk proses pengurusan berat badan (penurunan) ialah diukur dengan berapa banyak dia pernah gagal.. sebab apa ye?

1. Seseorang itu akan belajar betapa pentingnya menjaga makanan.

2. Seseorang itu akan belajar betapa pentingnya bersenam

3. Seseorang itu akan belajar erti penat untuk berjaya

4. Seseorang itu akan belajar tidak akan mensia-siakan usaha yang dilakukan

5. Seseorang itu akan belajar bersabar dan berdisiplin sehingga menjadi rutin

Ada sahabat saya tanya :

Sahabat : "Bro, masuk tahun ni.. aku dah 5 kali gagal nak turunkan berat badan.."

Saya : "Sebenarnya tuan tak gagal, tapi tuan berjaya.. berjaya wujudkan kesedaran untuk tuan turunkan berat badan"

Sahabat : "Maaf, saya tak faham maksud bro.."

Saya : "Secara kasarnya, memang nampak macam tuan gagal, tapi sebenarnya.. tuan berjaya dengan nak cuba menurunkan berat badan... nampak tak? Ramai orang dia gagal sekali.. terus kalah.. tapi tuan dah cuba sebanyak 5 kali... pastikan yang ke 6 tuan berjaya.. Contoh saya dahulu.. 3 kali gagal.. tapi sebenarnya saya berjaya untuk menaikkan semangat dan tetapkan pendirian saya untuk menurunkan berat badan.. hingga percubaan ke 4 saya berjaya dan membuahkan hasil.."

Saya : "Saya nasihatkan tuan untuk terus berusaha mencari ilmu berkenaan bagaimana untuk menurunkan berat badan dengan konsisten.. tak dapat buat sendiri, cari rakan.. cari partner workout.. minta bantuan coach-coach fitness.. banyak rujukan untuk program penurunan berat badan.."

Sahabat : "Betul tu.. saya masih mencari ilmu.. thanks sebab berikan kata2 semangat dan ilmu.. serba sedikit membantu.."

Jadi guys.. disini saya nak tegaskan.. cari sahabat yang mempunyai aura positif dan dapat membantu kita untuk merealisasikan impian kita.. jika gagal bukan beerti gagal selamanya... ianya permulaan untuk berjaya guys!! 

Saya sedia membantu jika anda perlukan tips dan motivasi untuk program penurunan berat badan...

Lebih malu jika langsung tidak mencuba!!

Jom!! Follow Me...



Comments

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?