Diet Yang Sepatutnya Anda Amalkan

Salam Info & Tips Guys!!!

Setelah anda semua tetapkan Rutin Fitness atau Rutin Senaman anda, iaitu setkan bila nak bersenam, senaman apa yang anda nak pilih dan sebagainya.. so harini jom saya share apa pulak rutin makanan atau diet yang boleh anda amalkan.. Saya ikuti rutin diet ini seperti yang di buat oleh Coach Kevin Zahri.. Enjoy dalam diet..

Kementerian Kesihatan juga memperkenalkan Diet Suku-Suku Separuh iaitu Suku Karbohidrat, Suku Protein dan Separuh Sayuran atau serat.. dan terbukti ianya berkesan pada saya dan mungkin juga anda.

 
1- Makan Nasi (Hanya Ikut Saiz Genggaman Tangan Anda)

Nasi adalah makanan asas bagi kita, dan didalam nasi ada makronutrien karbohidrat yang agak tinggi.. untuk menurunkan berat badan, anda perlu makan mengikut saiz posyen segenggam tangan anda.. ataupun Suku Pinggan anda.. ianya sudah memadai.

Untuk sebulan pertama, memang sangat susah.. percayalah, dengan disiplin penjagaan makanan yang ketat, anda akan berjaya.. "Ada yang berkata, alah awak tu dah kurus boleh la cakap ambil segenggam sahaja..." 

Percayalah, kerana pengambilan yang segenggam ini lah saya berjaya turun berat badan dan kurus seperti sekarang... jadi? anda tentu boleh juga kan?


2- Makan Dengan Kerap (Untuk mengelakkan nafsu makan membuak-buak)

Makan kerap ini lah sebenarnya rutin makanan terbaik... TETAPI!!! Anda perlu ingat, walaupun makan kerap.. POSYEN MAKANAN MASIH SEDIKIT DAN TERKAWAL.. contoh kekerapan makanan ialah, 3 kali sehari, 5 kali sehari, 7 kali sehari dan mungkin 9 kali sehari... haaa... nampak banyak kan? baru enjoy nak diet..


3- Makan Antara Hidangan (Untuk mengelakkan nafsu makan membuak-buak)

Makan antara hidangan?? No 2 tadi suruh makan kerap.. ni makan antara hidangan pulak? macam mana tu?

Ok, jangan keliru.. maksud makan kerap tu ialah, makan berkali-kali dan bukan bertambah-tambah ye... dalam diet makanan, kita ada 3 hidangan utama iaitu Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam.. 

Jadi maksud makan antara hidangan tu ialah makan diantara sarapan dan makan tengahari, atau makan diantara makan tengahari dan makan malam.. nampak tak?

Makan diantara tu, lebih dikenali sebagai minum pagi atau minum petang ataupun snek pagi atau snek petang..


4- Pastikan Setiap Makanan Anda Ada Serat 

Serat penting dalam diet harian iaitu memudahkan 'pembuangan' dalam badan, membuatkan kita lebih lama kenyang.. Serat lebih kepada sayur-sayuran dan juga buah-buahan.. pengambilan serat dalam makanan anda perlulah Separuh Pinggan anda dan anda juga boleh mengambil supplement tambahan untuk membekalkan serat tinggi kepada badan anda.


5- Pastikan Setiap Makanan Anda Ada Sumber Protein

Protein adalah sumber makronutrien yang penting dan paling mahal. Ianya memang sangat membantu dalam proses penurunan berat badan dan pembentukan otot serta membaiki tisu-tisu otot selepas anda bersenam. Pengambilan Protein perlulah suku pinggan anda atapun separuhkan ia..


6- Pastikan Ambil Air Kosong Secukupnya

Air kosong sangat penting jika kita dalam proses diet untuk menurunkan berat badan.. elakkan minum air kosong berlebihan.. kerana ianya akan memudaratkan proses perkumuhan.. minum air kosong (samada sejuk atau suam) sekiranya rasa dahaga ataupun semasa melakukan aktiviti senaman...

Pastikan dalam fasa diet dan senaman, anda elakkan mengambil minuman manis.. seperti air sirap, air karbonat dan macam-macam jenis air bergula..


7- Tidak Perlu Diet Melampau

Maksud Tidak Perlu Diet Melampau ini lebih kepada kita menghargai cara pemakanan kita dan enjoy dengan rutin diet harian kita.. Walaupun kita mengamalkan Diet Suku-Suku Separuh dengan mengambil makanan ikut posyen tertentu, kita masih boleh mengambil makanan lain dengan syarat tidak melebihi saiz hidangan ataupun tidak ambil secara hari-hari..

Contoh, Isnin-Khamis saya hanya minum air kosong.. so jumaat tu, saya beli air starbuck.. tapi minum hanya separuh sahaja.. masih ok dan tidak akan menjejaskan proses diet kita.. 

Mudah kan? Jangan menyusahkan kita dalam berdiet.. Diet mesti enjoy guys!!

Jom!! Follow Me...







Comments

Popular posts from this blog

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?