Apa Yang Anda Perlu Faham?

Salam Info & Tips Guys!!


Sebelum anda mulakan perjalanan dalam perubahan gaya hidup sihat.. apa yang perlu anda faham ialah, Diet, Kalori Makanan, Keperluan Kalori, dan Senaman.


1. Diet

Diet bermaksud Jumlah Makanan Yang Diambil Dalam Sehari, contoh sarapan pagi, anda makan sepinggan nasi lemak dan secawan teh tarik. Diet inilah yang menjadi sumber tenaga yang badan anda perlukan. Dan dengan diet inilah anda masih bertenaga serta mampu melakukan aktiviti harian.


2. Kalori

Kalori pula adalah jumlah Diet Yang Anda Makan Dalam Satu Hidangan, contoh sarapan pagi, anda makan sepinggan nasi lemak dan secawan teh tarik yang mengandungi jumlah kalori yang tinggi iaitu : sepinggan nasi lemak = 389Kcal + secawan teh tarik = 140Kcal.


3. Keperluan Kalori

Badan manusia memerlukan Jumlah Diet dan Jumlah Kalori yang sepatutnya. Jumlah Diet dan Kalori berbeza mengikut Jantina dimana Lelaki Dewasa secara purata memerlukan 2000kcal - 2500kcal sehari, manakala Wanita Dewasa secara purata memerlukan 1500kcal - 2000kcal sehari.


4. Senaman

Secara lahiriah, kita sebenarnya telah diajar dan dididik di peringkat sekolah rendah malah tadika lagi untuk bersenam.. dan sepatutnya, amalan tersebut kita kekalkan sehinggalah kita berusia 60 tahun.. macam kelakar kan? Ya.. memang nampak kelakar, secara tak sedar, selepas kita tamat sekolah menengah dan tiada aktiviti senaman, badan kita akan sedikit demi sedikit akan 'bertambah berat'.. pada mulanya kelihatan biasa, tetapi ia akan menyebabkan kita semakin gemuk.


Adakah hubungkait 4 elemen ini sangat penting?


Ya!! Sangat penting, dan keberkesanan 4 elemen ini la yang akan memungkinkan seseorang itu kurus atau turun berat badan dengan jayanya ataupun tidak.. jadi, jangan abaikan 4 emelen di atas jika anda hendak berjaya menurunkan berat badan.


Jom!! Follow Me...

Comments

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?