Apakah Pilihan Anda Jika Ingin Kurus?

Salam Info & Tips Guys!!!

Dalam anda sedang berfikir untuk kembali 'kurus' atau ke arah gaya hidup sihat, saya ingin bertanya.. Apakah pilihan anda jika ingin 'kurus'?


Adakah anda :

1- Ingin Turunkan Berat Badan Dengan DIET SAHAJA?
2- Ingin Turunkan Berat Badan Dengan BERSENAM SAHAJA?
3- Ingin Turunkan Berat Badan Dengan DIET dan BERSENAM?

Jom mari saya huraikan setiap pilihan yang ada ini apakah yang tersirat untuk setiap pilihan.. walaupun kesemua pilihan adalah baik...

Jika anda ingin turunkan berat badan dengan DIET SAHAJA

Jika anda memilih pilihan no 1 ini, penurunan berat badan masih berlaku, tetapi ianya tidak akan memantapkan keanjalan kulit anda.. jika anda berbadan gempal, anda hanya jaga makan dan tidak lakukan apa-apa senaman.. ini akan menyebabkan kulit anda geleber dan tidak cantik.. anda juga mungkin kelihatan seperti 'sakit' pada orang lain..

Jika anda ingin turunkan berat badan dengan BERSENAM SAHAJA

Jika anda memilih pilihan no 2 ini, penurunan berat akan perlahan, disebabkan anda tidak menjaga keperluan kalori yang sepatutnya badan anda perlukan.. jika anda konsisten bersenam, penurunan akan berlaku, tetapi lambat seperti contoh, jika seseorang boleh mengurangkan 1 KG dalam 2 Minggu, anda yang melakukan Senaman Sahaja tanpa menjaga makan, mungkin akan mengambil masa 4 minggu untuk membakar 1 KG lemak.. dan ini adalah langkah yang kurang baik sebenarnya.. dan agak mengambil masa yang lama..

Jika anda ingin turunkan berat badan dengan DIET DAN SENAMAN

Jika anda memilih pilihan no 3 ini, penurunan berat badan dan kesihatan anda juga akan terus meningkat.. ini kerana penjagaan pemakanan dan bersenam perlu seiring dan sejalan dalam membuang lemak badan serta meremajakan penampilan anda.. 

Jadi guys, jika ingin berdiet, buatlah pilihan dengan bijak dan menguntungkan diri anda sendiri.. jangan mensia-siakan usaha dan masa anda.. gunakan sebaiknya.. peluang untuk turunkan berat badan jika boleh, biarlah sekali sahaja.. dan kekalkan dengan bentuk badan serta gaya hidup sihat yang baharu..!!

Mudahkan membuat pilihan?

Jom!! Follow Me...

Comments

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?