Anda Benci Diet Atau Bersenam?
Salam Motivasi Guys!!
Sekadar bertanya.. jika anda diberi pilihan, apakah yang anda benci? Niat nak turunkan berat badan tapi anda benci DIET atau BERSENAM?
Tidak dinafikan, ramai dari anda yang mula sedar untuk kembali berubah ke arah kehidupan sihat... dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Tapi, tahukah anda.. untuk mengamalkan atau kembali ke arah kehidupan sihat ni perlukan pengorbanan dari 2 aspek penting ini iaitu Diet dan Bersenam?
Sebagai info.. di dunia ini ada 3 jenis golongan yang berbeza dalam proses pengurusan berat badan iaitu :
1. Golongan yang hanya Suka Diet dan benci (kurang suka/tidak mampu) bersenam
2. Golongan yang hanya Suka Bersenamn dan benci (kurang suka/tidak mampu) diet
3. Golongan yang Suka Diet dan Bersenam (mampu melakukan kedua-duanya)
Jom saya terangkan dengan lebih jelas
1. Golongan yang hanya suka diet sahaja
Jika anda tergolong dalam kelompok ini.. saya mengesyorkan yang anda kena betul-betul menjaga pemakanan anda sekiranya niat anda untuk menurunkan berat badan adalah pada tahap 100%!!
Anda perlu bijak dan kekal disiplin dalam mengawal pengambilan kalori sehari untuk keperluan badan anda.. ini kerana pembakaran kalori anda hanya berlaku dari aktiviti fizikal anda sahaja.. dan pembakaran tersebut boleh jadi cepat jika kalori yang anda ambil cukup dan tidak melebihi had..
Jika pengambilan kalori melebihi jumlah yang diperlukan, tempoh masa yang diambil mungkin perlahan.. walaubagaimanapun, hasilnya tetap ada.. dari segi fizikal.. kulit anda akan ada kesan gelebeh yang kurang cantik..
Kebanyakan golongan yang hanya suka diet ini terdiri dari mereka yang berumur 50tahun ke atas dan yang mempunyai masalah kesihatan fizikal yang mungkin tidak mampu melakukan senaman berimpak sederhana dan tinggi..
Jadi, anda yang sihat dan bertenaga bagaimana?? Tak kan hanya nak jaga makan sahaja?
2. Golongan yang hanya suka bersenam sahaja
Golongan ini lebih saya anggap sebagai 'mereka yang tidak mengenal erti kekalahan' walaupun mereka tahu bahawa hanya dengan bersenam sahaja tanpa menjaga pemakanan, proses penurunan berat badan akan lambat.
Mereka sanggup berpeluh, berpenat setiap hari, setiap jam tanpa ada perasaan kesal langsung... dan setelah bersenam mereka makan melebihi jumlah kalori yang sepatutnya..
Golongan ini seronok dengan hasil sementara.. iaitu kurang berat badan selama 2 hari dan akan naik semula selepas itu.. dan sambung bersenam semula.. sampai bila-bila.
Akibat dari tidak menjaga pemakanan, anda berkemungkinan untuk bersenam melebihi kemampuan diri anda dan situasi ini akan mebahayakan lagi kesihatan anda sebenarnya.
Kebanyakan golongan yang hanya suka bersenam dan benci jaga diet pemakanan ini terdiri dari mereka yang mempunyai masalah kawalan nafsu makan yang tinggi, persekitaran yang 'disajikan' dengan makanan yang sedap, kurang sokongan moral diri sendiri... dan yang suka bersenam tapi tidak boleh mengawal pemakanan juga terdiri dari mereka yang mempunyai masalah penyakit gastrik atau seumpamanya (ini dimaafkan).
Jadi, anda yang sihat dan bertenaga bagaimana?? Tak kan hanya nak bersenam sahaja tanpa jaga makan?
3. Golongan yang suka diet dan bersenam
Bagi golongan ini.. saya beranggapan mereka bijak dan tidak mensia-siakan setiap masa dan peluang yang ada untuk proses penurunan berat badan.
Jika melakukan kedua-duanya.. proses penurunan berat badan akan lebih cepat dan mengambil masa yang singkat. Bentuk badan juga akan lebih lean dan fit.
Apa yang penting guys, sebenci mana kita dengan diet atau senaman sekalipun.. kita jangan berputus asa untuk merasai nikmat hasil usaha kita..
Apa yang ingin saya tegaskan disini ialah.. sekiranya anda mampu dan bertenaga.. masuklah dan bersama-samalah ke dalam golongan yang ke 3... biarlah diet dan senaman kita seimbang barulah hasil yang akan datang nanti lebih bermakna...
Comments
Post a Comment