Jangan Bangga Diri!!

Salam Motivasi Guys!!!

Kita selalu diingatkan atau sentiasa berpesan pada sesiapa yang 'Jangan Sesekali Bangga Diri'..

Di dalam dunia fitness.. saya selalu ingatkan diri saya.. 'apa yang saya buat, tolong jangan Bangga Diri jika saya berjaya turunkan berat badan.. tetapi Berbanggalah dengan keberkesanan dan kejayaan program diet dan senaman yang saya amalkan..'


Faham kan maksud saya?

Berdasarkan pengalaman saya dahulu.. dan saya mempelajarinya serta berubah total!!
Saya pernah berdiet sebelum ini dan gagal!! Kerana saya terlalu 'bangga' bila nampak badan saya mula turun berat.. gembira tetapi 'bangga' dan ianya menjurus kepada riak dan berlagak..
Padahal baru hilang 2 kilo... dan disebabkan 'bangga' itulah saya gagal dan tidak fokus dalam berdiet..

Yes.. apabila bangga yang menjurus kepada riak, adalah sangat tidak bagus untuk sesuatu program fitness yang kita amalkan.. ianya akan merendah-rendahkan orang lain yang lebih gemuk dari kita, jika kita berjaya kurus..

Sebagai contoh.. 'tengok saya sekarang.. dah kurus, awak tu.. tak kurus-kurus.. duk gemuk macam tu jugak'.. nampak kan betapa 'bangga'nya kita??

Disebabkan inilah.. saya sekarang lebih 'berbangga' dengan program diet dan senaman yang saya lakukan.. kerana ianya berjaya dalam menurunkan berat badan saya.. dan disebabkan inilah, saya lebih seronok berkongsi tips & info, motivasi, fitness berdasarkan pengalaman saya..

Dan saya menjadi lebih gembira (tanpa kehadiran riak) dengan bentuk badan sekarang!!

So guys!! Please.. jika anda sudah berjaya turunkan berat badan.. please help n guide sahabat dan rakan anda yang masih struggle dalam proses penurunan berat badan.. bimbing mereka!! Jangan mencemuh!! 

Jom!! Follow Me...









Comments

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?