Apa Maksud Pemakanan Luar Biasa Kepada Biasa?

Pemakanan yang bagaimana dikategorikan sebagai 'Luar Biasa'?

Salam Motivasi Guys!!!

" Sebenarnya, nak diet ni senang sahaja, ubah cara pemakanan kita yang Luar Biasa kepada Biasa.."

Mesti ramai yang tertanya, apa maksud ubah cara Pemakanan Luar Biasa kepada Biasa kan? Ok, disini mari saya cuba rungkaikan apa maksud dia..

Kita berbalik kepada zaman kita remaja, bujang dan kurus.. masa tu kita aktif bersukan dengan kawan2.. zaman saya dahulu tahun 1997 - 2000 an.. bila waktu petang memang akan main takraw, bola sepak.. bila zaman politeknik, masuk silat, aktif persatuan.. bila zaman bujang, bekerja.. sibuk dengan aktiviti pejabat.. dan 'hang around' dengan kawan2..

Masa ni, kita tak fikir sangat pasal nak makan apa, ye la, bujang duduk dengan keluarga, apa yang ada, makan je la.. janji perut kenyang.. dan corak pemakanan kita hanya makan sekadar menghilangkan lapar atau 'charge tenaga' selepas beraktiviti diluar (bersukan) dengan kawan2.. masa ni pemakanan saya hanya biasa, tiada tambah-tambah.. ni apa yang saya alami.. hehe base on pengalaman saya la kan..

Bila saya dah kawin, aktiviti dengan kawan-kawan dah terbatas.. pindah jauh, hidup dengan isteri.. rumah - pejabat - rumah.. tiada masa dengan kawan-kawan, tiada aktiviti sukan.. jadi corak pemakanan saya dah berubah.. makan bukan untuk hilangkan lapar semata-mata.. tapi lebih kepada keinginan.. hahaha.. isteri masak sedap.. dari sepinggan bertambah dua pinggan.. hahaha.. segala kalori yang masuk sudah tidak dibakar sebab tidak lagi bersukan.. masa ni corak pemakanan saya sudah jadi luar biasa dan tidak sepatutnya badan saya terima kalori yang berlebihan.

Disebabkan itu lah, sekarang ni.. saya kena ubah dari pemakanan yang luar biasa kepada biasa semula, dan tetapkan diet suku-suku separuh untuk mendapatkan berat badan yang ideal.. proses ini bukan mudah guys!! perlukan sokongan dan kesabaran yang tinggi..

Syukur.. saya berjaya kembali kepada pemakanan biasa.. sekarang ni nasi lebih sikit je dah kenyang..

Jom!! Follow Me...

Comments

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?