Posts

Showing posts from June, 2020

Jangan Bangga Diri!!

Image
Salam Motivasi Guys!!! Kita selalu diingatkan atau sentiasa berpesan pada sesiapa yang 'Jangan Sesekali Bangga Diri'.. Di dalam dunia fitness.. saya selalu ingatkan diri saya.. 'apa yang saya buat, tolong jangan Bangga Diri jika saya berjaya turunkan berat badan.. tetapi Berbanggalah dengan keberkesanan dan kejayaan program diet dan senaman yang saya amalkan..' Faham kan maksud saya? Berdasarkan pengalaman saya dahulu.. dan saya mempelajarinya serta berubah total!! Saya pernah berdiet sebelum ini dan gagal!! Kerana saya terlalu 'bangga' bila nampak badan saya mula turun berat.. gembira tetapi 'bangga' dan ianya menjurus kepada riak dan berlagak.. Padahal baru hilang 2 kilo... dan disebabkan 'bangga' itulah saya gagal dan tidak fokus dalam berdiet.. Yes.. apabila bangga yang menjurus kepada riak, adalah sangat tidak bagus untuk sesuatu program fitness yang kita amalkan.. ianya akan merendah-rendahkan orang lain yang lebih gemuk dari kita, jika kit

Anda Benci Diet Atau Bersenam?

Image
Salam Motivasi Guys!! Sekadar bertanya.. jika anda diberi pilihan, apakah yang anda benci? Niat nak turunkan berat badan tapi anda benci  DIET  atau BERSENAM? Tidak dinafikan, ramai dari anda yang mula sedar untuk kembali berubah ke arah kehidupan sihat... dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Tapi, tahukah anda.. untuk mengamalkan atau kembali ke arah kehidupan sihat ni perlukan pengorbanan dari 2 aspek penting ini iaitu Diet dan Bersenam? Sebagai info.. di dunia ini ada 3 jenis golongan yang berbeza dalam proses pengurusan berat badan iaitu : 1. Golongan yang hanya Suka Diet dan benci (kurang suka/tidak mampu) bersenam 2. Golongan yang hanya Suka Bersenamn dan benci (kurang suka/tidak mampu) diet 3. Golongan yang Suka Diet dan Bersenam (mampu melakukan kedua-duanya) Jom saya terangkan dengan lebih jelas 1. Golongan yang hanya suka diet sahaja Jika anda tergolong dalam kelompok ini.. saya mengesyorkan yang anda kena betul-betul menjaga pemakanan anda sekiranya niat anda untuk menurunk

Pernah Gagal Untuk Diet Dan Senaman?

Salam Certot Guys!! Harini saya nak kongsi satu kisah iaitu perlukan kegagalan untuk berjaya dalam proses pengurusan berat badan.. Anda pernah gagal? Saya pernah!! Terus terang saya beritahu. Saya pernah gagal 3 kali.. dan kali ke 4 saya berjaya.. Ukuran kejayaan seseorang yang berjaya untuk proses pengurusan berat badan (penurunan) ialah diukur dengan berapa banyak dia pernah gagal.. sebab apa ye? 1. Seseorang itu akan belajar betapa pentingnya menjaga makanan. 2. Seseorang itu akan belajar betapa pentingnya bersenam 3. Seseorang itu akan belajar erti penat untuk berjaya 4. Seseorang itu akan belajar tidak akan mensia-siakan usaha yang dilakukan 5. Seseorang itu akan belajar bersabar dan berdisiplin sehingga menjadi rutin Ada sahabat saya tanya : Sahabat : "Bro, masuk tahun ni.. aku dah 5 kali gagal nak turunkan berat badan.." Saya : "Sebenarnya tuan tak gagal, tapi tuan berjaya.. berjaya wujudkan kesedaran untuk tuan turunkan berat badan" Sahabat : "Maaf, say

Apakah Pilihan Anda Jika Ingin Kurus?

Image
Salam Info & Tips Guys!!! Dalam anda sedang berfikir untuk kembali 'kurus' atau ke arah gaya hidup sihat, saya ingin bertanya.. Apakah pilihan anda jika ingin 'kurus'? Adakah anda : 1- Ingin Turunkan Berat Badan Dengan DIET SAHAJA? 2- Ingin Turunkan Berat Badan Dengan BERSENAM SAHAJA? 3- Ingin Turunkan Berat Badan Dengan DIET dan BERSENAM? Jom mari saya huraikan setiap pilihan yang ada ini apakah yang tersirat untuk setiap pilihan.. walaupun kesemua pilihan adalah baik... Jika anda ingin turunkan berat badan dengan DIET SAHAJA Jika anda memilih pilihan no 1 ini, penurunan berat badan masih berlaku, tetapi ianya tidak akan memantapkan keanjalan kulit anda.. jika anda berbadan gempal, anda hanya jaga makan dan tidak lakukan apa-apa senaman .. ini akan menyebabkan kulit anda geleber dan tidak cantik.. anda juga mungkin kelihatan seperti 'sakit' pada orang lain.. Jika anda ingin turunkan berat badan dengan BERSENAM SAHAJA Jika anda memilih pilihan no 2 ini, pen

Apakah Fokus Utama Senaman?

Image
Salam Fitness Dan Motivasi Guys!!! Mesti anda tertanya-tanya kan? Beria-ia nak diet dan senaman ni sebenarnya nak fokus apa? Jujur anda tanya diri anda sendiri sekarang, adakah anda senaman hanya nak buang buncit? kurus? buang lemak?... Apa pun fokus anda.. percayalah, ianya mungkin tidak bertahan lama..  Kenapa saya berani cakap macam tu? sebab saya pernah gagal sebanyak 3 kali dalam program penurunan berat badan.. Pertama, tahun 2014.. masa ni perut saya masih tak besar sangat, tapi buncit tu ada.. saya pernah fokus nak kempiskan perut.. saya buat senaman sit up hampir sebulan, dan tak nampak apa2 perubahan, saya give up.. kandas!!  Kedua, tahun 2016.. masa ni pun sama fokus semata-mata nak kurus, saya skip makan tengahari.. sarapan hanya makan roti gardenia 50 sen tu.. malam melantak macam jin kelaparan.. berpinggan-pinggan tambah...tak sampai sebulan, kandas!! sebab makin memboyot dan perut sentiasa berangin.. Ketiga, tahun 2018.. masa ni dah sedar yang perut sangat memboyot d

Adakah Saya Akan Berjaya (Part 3)

Image
Saya berjaya menurunkan 7Kg dalam tempoh 3 bulan!!! Salam My Journey Guys!! Agak-agak anda apa perasaan saya bila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7Kg dalam tempoh 3 bulan? Hahaha sudah semestinya bersemangat!! Percayalah, dalam tempoh 3 bulan pertama bila kita berjaya amalkan diet, senaman yang konsisten, ianya secara automatik menjadikan saya seorang yang boleh dikatakan 'ketagih' untuk bersenam.. mungkin ini salah satu hobi baru saya untuk terus kekal sihat? No turning back!! Tiada istilah berpatah balik guys.. semuanya saya kena teruskan dan harungi norma baharu untuk terus dapatkan body yang ideal.. badan yang mempunyai bisep, bahu, dada yang cantik dan perut yang flat. semuanya saya kena lakukan secara konsisten dan terus menerus... Sepanjang tempoh 9 bulan dari januari 2019, saya telah menurunkan berat badan sebanyak 18Kg!!! Masa ni, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya saya.. sesungguhnya, benar kata Coach diluar sana... "Kita Buat, Kita Dapat".. yes

Diet Yang Sepatutnya Anda Amalkan

Image
Salam Info & Tips Guys!!! Setelah anda semua tetapkan Rutin Fitness atau Rutin Senaman anda , iaitu setkan bila nak bersenam, senaman apa yang anda nak pilih dan sebagainya.. so harini jom saya share apa pulak rutin makanan atau diet yang boleh anda amalkan.. Saya ikuti rutin diet ini seperti yang di buat oleh Coach Kevin Zahri.. Enjoy dalam diet.. Kementerian Kesihatan juga memperkenalkan Diet Suku-Suku Separuh iaitu Suku Karbohidrat, Suku Protein dan Separuh Sayuran atau serat.. dan terbukti ianya berkesan pada saya dan mungkin juga anda.   1- Makan Nasi (Hanya Ikut Saiz Genggaman Tangan Anda) Nasi adalah makanan asas bagi kita, dan didalam nasi ada makronutrien karbohidrat yang agak tinggi.. untuk menurunkan berat badan, anda perlu makan mengikut saiz posyen segenggam tangan anda.. ataupun Suku Pinggan anda.. ianya sudah memadai. Untuk sebulan pertama, memang sangat susah.. percayalah, dengan disiplin penjagaan makanan yang ketat, anda akan berjaya.. "Ada yang berkata, a

Rutin Permulaan Bagi 'Beginner'

Image
Salam Fitness Guys!! Dalam memulakan sesuatu perkara kita perlu mencari dan menimba ilmu yang berkaitan.. contoh memasak.. perlu cari ilmu memasak dan resipi.. tak lupa juga jika ingin mulakan program diet dan senaman.. perlu ada ilmu, barulah kita mudah untuk berjaya.. Jadi kepada yang baru hendak mula dengan program diet dan senaman.. ataupun 'beginner', anda boleh baca post saya berkenaan Ikrar Fitness, Apa Itu Diet?, Apa Itu Kalori dan bagaimana mengira kalori serta keperluan kalori terlebih dahulu.. bukan apa, bagi lebih faham berkenaan hubungkait pemakanan dan senaman.. Disini saya rungkaikan apa rutin yang saya plan dan akan ikut bagi mengekalkan konsisten dalam diet dan bersenam.. 1- Tidak Lakukan Senaman Hari-Hari Ini penting.. kita nak sihat.. bukan nak sakit.. dalam bersenam perlu ada hari untuk badan 'recover' dari aktiviti senaman yang kita buat.. so, saya susun jadual hari apa untuk bersenam dan hari apa untuk berehat. Semua atlet bina badan atau fitness

Waktu Bila Sesuai Nak Timbang Berat Badan?

Image
Mesti ramai tertanya-tanya kan? Salam Info & Tips Guys!! Untuk harini saya nak bercerita perihal penimbang berat badan.. yes ramai yang ingin berdiet dan senaman memerlukan penimbang berat khas untuk menimbang badan dirumah.. Bagus!! Dengan adanya penimbang ini, anda mudah nak memantau naik atau turun berat badan anda.. Tidak dinafikan.. rata-rata yang baru untuk memulakan program diet ni akan lebih teruja untuk melihat hasil setelah berdiet atau bersenam seharian.. saya juga pernah alaminya.. kalau boleh tu nak timbang hari-hari.. nak pastikan berat turun hari-hari.. tapi sangkaan meleset.. dan bahaya sebenarnya timbang setiap hari tanpa konsistensi.. hehe.. macam mana tu? Sebab ianya akan membuatkan kita hilang mood, mudah mengalah dan putus asa guys!! Disini saya boleh cadangkan kepada anda semua waktu bila sesuai untuk menimbang berat badan : 1. Timbang 3 bulan sekali 2. Timbang sebulan sekali  3. Timbang sebulan 2 kali 4. Timbang 2 minggu sekali 5. Timbang 1 minggu sekali Muda

Bila Perasaan Muda Kembali!!

Salam Certot Guys!! Bila anda senaman, jaga makan dan memberi impak 'awet muda!' Setelah setahun workout, tiba-tiba diri rasa macam.. "wahhhh.. berbaloinya berusaha keras dalam menurunkan berat badan.." dan insyaallah akan terus berusah bagi mendapatkan kesihatan dan kesegaran badan... Dan perasaan ini saya kongsikan masa saya kecik dulu.. bila berjalan dengan abah saya, dan bekerja dengan abah saya.. ayat yang paling best kawan-kawan dia panggil.. macam.. "Joe, adik hang ke?" Abah aku senyum sambil ckp.. "ye.." mimik saya macam.. "hek elleh.. abah la.." hahaha sambil gelak.. Suatu ketika dulu tahun 2000.. tidak dinafikan yang abah saya memang dan sangat fit orangnya.. badan dia tidak buncit... dan tidak "sado".. cukup fit dan segak mata memandang.. bila umur saya dalam 30an dah buncit, dia ada menegur saya dan motivasikan saya supaya jaga badan dan pemakanan. Sekarang, bila badan saya fit dan tidak buncit lagi.. baru saya da