KALORI - Mempunyai Nilai? (Part 2)



Nilai apa yang dimaksudkan? Macam mana nak mengira?

Salam Info & Tips Guys!!!


Ya!! Kalori mempunyai nilai... pengiraan nilai kalori adalah dari makronutrien yang wujud di dalam satu-satu hidangan Diet yang kita makan.. seperti contoh :


Jika kita ambil sekeping roti canai (100g) dan secawan teh tarik (100ml), pengiraan Kalori seperti berikut :


Sekeping Roti Canai (100g) mempunyai makronutrien :

(Lemak 10.81g + Karbohidrat 47.83g + Protein 6.64g)


Secawan Teh Tarikh (100ml) mempunyai makrunutrien :

(Lemak 1.31g + Karbohidrat 8.49g + Protein 1.19g)


Setiap 1gram Lemak = 9Kcal,

Setiap 1gram Karbohidrat = 4Kcal,

Setiap 1gram Protein = 4Kcal.


Jadi untuk kalori atau jumlah tenaga waktu sarapan kita ialah :


Roti Canai (100gram)

Lemak (10.81g X 9) + Karbohidrat (47.83g X 4) + Protein (6.64 X 4)

= 97.29Kcal + 191.32Kcal + 26.56Kcal

= 315Kcal


Teh Tarik (100ml)

Lemak (1.31g X 9) + Karbohidrat (8.49g X 4) + Protein (1.19 X 4)

=11.79Kcal + 33.96Kcal + 4.47Kcal

= 50Kcal


Jumlah Kalori untuk sarapan sahaja ialah : 315Kcal + 50Kcal = 365Kcal


Berapa purata kalori yang diperlukan oleh badan?


Jumlah kalori yang diperlukan badan secara purata dengan mengambilkira aktiviti harian seperti, berjalan, bekerja, memandu, makan, bersosial, tidur, mandi, solat, bersenam, bersukan, aktiviti lasak, dan sebagainya ialah :


Lelaki Dewasa = 2000Kcal - 2500Kcal Sehari

Wanita Dewasa = 1500Kcal - 2000Kcal Sehari



Jom!! Follow Me...

Comments

Popular posts from this blog

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?