KALORI - Jom Main Kira-Kira Kalori (Part 5)


Pembelajaran yang akan membuatkan anda lebih berkira-kira!!

Salam Info & Tips Guys!!!

Sebelum ini, saya sendiri pun tak pandai nak mengira kalori, tetapi selepas saya rujuk blog-blog yang berkenaan, saya dah pandai mengira... mudah sangat.. dan dengan kepandaian ini, kita akan dapat mengira dan mengetahui berapa jumlah Kalori yang masuk kedalam badan kita atau yang kita makan sehari-hari.

Ok, so kali ini, saya nak kongsi info macam mana nak mengira Jumlah Kalori sesuatu makanan yang kita beli.. pengiraan jumlah kalori ni lebih kepada makanan yang di pack atau di tinkan.. lebih kepada makanan yang diproses la.. kalau makanan mentah tu anda boleh la rujuk jadual atau fakta kalori yang ada dalam google ye..

Senang Ke Susah Nak Kira Ni?

1. Beli makanan yang anda suka, contoh saya beli munchys cracker ni.. 1 paket kecil, dalamnya ada 4 keping biskut, di bungkusan ada tulis 25g = 1 keping biskut. Jumlah semua ialah 100g = 4 keping biskut.


2. Lihat maklumat pemakanan dan lihat juga dibahagian 'Tenaga'. Anda akan nampak info seperti 'Setiap 100g = 471Kcal' dan 'setiap 25g = 118Kcal'. Maklumat ini sahaja sudah lengkap dan dapat memberitahu berapa jumlah kalori jika anda makan 1 paket biskut ini, ataupun berapa jumlah kalori jika anda makan 1 atau 2 keping biskut ini.. mudah kan?


3. Tapi, apa yang saya nak ajar atau beritahu ialah di langkah 3 dan 4 ni.. nak bagi anda faham.. macam mana dapat 471Kcal dan 118Kcal tu.. dan apa jenis Makronutrien yang terdapat dalam 1 keping biskut dan berapa gram setiap Makronutrien tu.. boleh rujuk gambar dibawah.




Jadi, anda dah faham kan, macam mana nak tahu berapa jumlah kalori, berapa jumlah makronutrien yang terkandung dalam sesuatu jenis makanan..

Makronutrien apa yang paling bagus untuk dipilih?

Nasihat saya, pilihlah makanan yang mempunyai nilai protein yang lebih tinggi dari lemak dan karbohidrat.. dan anda jangan terkejut jika makanan yang tinggi protein itu, harganya lebih mahal dari yang rendah protein nya..


Jom!! Follow Me...





Comments

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?