Apakah Fokus Utama Senaman?

Salam Fitness Dan Motivasi Guys!!!

Mesti anda tertanya-tanya kan? Beria-ia nak diet dan senaman ni sebenarnya nak fokus apa? Jujur anda tanya diri anda sendiri sekarang, adakah anda senaman hanya nak buang buncit? kurus? buang lemak?... Apa pun fokus anda.. percayalah, ianya mungkin tidak bertahan lama.. 

Kenapa saya berani cakap macam tu? sebab saya pernah gagal sebanyak 3 kali dalam program penurunan berat badan..


Pertama, tahun 2014.. masa ni perut saya masih tak besar sangat, tapi buncit tu ada.. saya pernah fokus nak kempiskan perut.. saya buat senaman sit up hampir sebulan, dan tak nampak apa2 perubahan, saya give up.. kandas!! 

Kedua, tahun 2016.. masa ni pun sama fokus semata-mata nak kurus, saya skip makan tengahari.. sarapan hanya makan roti gardenia 50 sen tu.. malam melantak macam jin kelaparan.. berpinggan-pinggan tambah...tak sampai sebulan, kandas!! sebab makin memboyot dan perut sentiasa berangin..

Ketiga, tahun 2018.. masa ni dah sedar yang perut sangat memboyot dan mula dapat simptom semput.. pernah diserang semput.. Gout mula menyerang, tapi saya tak tau pun itu gout.. Fokus hanya nak hilangkan sakit.. saya mula bersenam, tapi tidak menjaga makan.. sebulan pertama nampak hasil!! turun dalam 3Kg!! konon dah berjaya.. makan masih tidak kawal.. lepas nampak hasil tu.. terus stop konon macam.. alah ok la ni.. perut nampak kempis sikit... Kandas lagi!!

Dan Akhirnya... tahun 2019, saya fokus untuk kesihatan badan secara total!! Saya mulakan dengan berani dan betul menggunakan segala ilmu yang saya cari dan belajar.. sehingga sekarang guys!!


Apa yang saya nak tegaskan disini guys, jangan sekali-kali putus asa.. tetap teruskan jika anda ingin berubah.. jangan tunggu sampai ada sakit baru nak bertindak macam saya ni.. hehehe.. apa yang penting.. kena ada ilmu untuk program pengurusan berat badan..

Yang paling penting, sekiranya anda nak turunkan berat badan, Fokuslah kepada INGIN MENJAGA KESIHATAN DAN MENDAPATKAN KESIHATAN YANG BAIK!! dan percayalah.. Bonus yang anda akan dapat ialah KURUS!!!

Ini akan membuatkan anda lebih berdisiplin dalam mencapai target anda!!

Jom!! Follow Me...



Comments

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?