Apakah Maksud Diet?


Adakah Diet itu bermaksud senaman? atau kurangkan makan?

Salam Info & Tips Guys!!!


Ramai pernah dengar perkataan DIET kan? dan ramai termasuk saya suatu ketika dulu beranggapan yang diet itu adalah perlu kurangkan makan, atau tak perlu makan. Ternyata selepas membaca dan mencari ilmu, rupanya maksud diet yang sebenar ialah, jumlah makanan yang kita ambil atau makan untuk satu hari dari pagi sampai lah malam.


Dari kecil kita diperkenalkan dengan piramid makanan dan piramid makanan itu lah sebenarnya diet yang perlu kita ambil dengan kuantiti yang disyorkan supaya diet kita seimbang.


Jumlah makanan yang dimakan sehari itu sebenarnya adalah pencetus atau pembekal tenaga kepada badan kita untuk melakukan aktiviti harian, samada aktiviti fizikal, mahupun senaman.


Apakah Kesan Diet Sebenarnya?


Kesan diet sebenarnya amat besar.. contohnya :


1 - Jika kita makan tidak mengikut keperluan harian iaitu kurang, badan kita akan lesu dan tidak dapat membekalkan tenaga yang mencukupi untuk aktiviti harian.. otot juga tidak dapat dibina dengan baik, dan ini lebih kepada kurusnya badan seseorang itu.


2 - Jika kita makan terlebih dari keperluan harian kita, tenaga yang tidak digunakan akan disimpan dan membuatkan badan kita menjadi berisi atau gemuk.


Disebabkan ini, dari kecil kita selalu diajar agar makan diet seimbang dan mengikut kuantiti yang diperlukan sahaja.. mudah kan?


Jika seseorang itu memerlukan tenaga untuk bersenam atau bersukan, maka dia perlu mengambil Diet atau makan dengan kuantiti yang banyak sedikit berbanding yang hanya melakukan aktiviti fizikal..


Jom!! Follow Me...




Comments

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?