Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Salam Info & Tips Guys!!

Anda ada masalah untuk bersenam? Kalau yang sihat tubuh badan dan muda.. rasanya tiada masalah untuk bersenam.. cumanya ye la... ada sesetengah orang, ada masalah untuk bersenam.. tak lupa juga yang tiada masa untuk bersenam..

Tapi anda jangan risau.. jika kita tidak dapat bersenam atau tidak sempat bersenam.. ada 1 lagi aktiviti yang boleh anda lakukan..

Iaitu.. AKTIVITI FIZIKAL...


Apa itu Aktiviti Fizikal? Macam lagi susah je dari senaman? 

Sebenarnya.. aktiviti fizikal adalah paling mudah untuk anda lakukan jika tidak sempat atau tidak mampu untuk bersenam..


Ok.. untuk memudahkan pemahaman anda.. aktiviti fizikal ni lebih kepada aktiviti harian anda buat.. seperti, bangun pagi, mandi, makan, berjalan, sapu rumah, kemas rumah, meeting dipejabat dan macam-macam lagi aktiviti harian yang anda buat..



Sangat berbeza dua aktiviti senaman dan fizikal ni.. perbezaan ketara adalah : 

AKTIVITI SENAMAN

Dibuat berulang-ulang kali untuk jangkamasa yang ditetapkan dan dapat meningkatkan kadar denyutan jantung dan pernafasan

AKTIVITI FIZIKAL

Dibuat setiap hari, tidak memerlukan aktiviti lasak dan hanya cukup sekadar lakukan aktiviti harian sahaja.

Jadi, disebabkan inilah aktiviti fizikal lebih sesuai dilakukan oleh orang yang tidak sempat untuk bersenam ataupun yang mempunyai masalah untuk bersenam...


Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana pembakaran kalori masih berlaku.. samada secara cepat ataupun perlahan..

Oleh itu, kita sebenarnya tiada alasan untuk tidak bersenam, dengan aktiviti fizikal sahaja sudah boleh membakar kalori.. cuma yang menyebabkan kita masih mengalami kegemukan ialah, jumlah kalori pemakanan kita lebih banyak dari jumlah pembakaran kalori melalui aktiviti fizikal sahaja.. jadi, tambahkan lah aktiviti senaman untuk lebih mantap dari segi pembakaran kalori.

Jom!! Follow Me...

















Comments

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?