Ada Jalan Pintas Untuk Kurus?
Salam Motivasi Guys!!
Entri kali ini lebih kepada pertanyaan dari sahabat saya..
"Bro, selain jaga makan, dan senaman ada tak supplement atau ubat untuk cepat kurus?"
Jadi, jawapan yang saya boleh berikan adalah.. TIADA sama sekali.. tetapi, jika mahu mencuba.. silakan atas risiko sendiri..
Sekiranya anda pernah kurus sebelum ini, dan dalam tempoh 5 tahun atau selepas berkahwin anda jadi "chubby", gemuk, kononnya "bahagia kerana isteri beri makan cukup".. dan anda mula sedar untuk kembali mendapatkan badan yang kurus.. ingat.. mungkin 5 tahun juga tempoh yang diperlukan untuk kembali kurus..
Ubat-ubatan yang kononnya memberi kesan 30 hari 20kg turun adalah sangat mengarut!!! Tambahan pula ada ubat yang kononnya "sapu-sapu" dan boleh kurus dalam masa 30 hari... (Kalau betul ada ubat macam ni, saya rasa tiada dah kelas zumba, aerobic dan coach2 yang mengadakan kelas fitness).. Tolonglah, untuk kembali kurus dan fit, anda perlu berusaha dalam menjaga pemakanan dan senaman harian..
Apa yang anda perlu lakukan?
Anda hanya perlukan NIAT, DISIPLIN dan KESABARAN yang kuat dan tinggi untuk mencapai target bagi mendapatkan badan yang sihat dan fit.. Ini ada di entri saya sebelum ini...
Jom!! Follow Me...
Comments
Post a Comment