Jangan Bangga Diri!!
Salam Motivasi Guys!!! Kita selalu diingatkan atau sentiasa berpesan pada sesiapa yang 'Jangan Sesekali Bangga Diri'.. Di dalam dunia fitness.. saya selalu ingatkan diri saya.. 'apa yang saya buat, tolong jangan Bangga Diri jika saya berjaya turunkan berat badan.. tetapi Berbanggalah dengan keberkesanan dan kejayaan program diet dan senaman yang saya amalkan..' Faham kan maksud saya? Berdasarkan pengalaman saya dahulu.. dan saya mempelajarinya serta berubah total!! Saya pernah berdiet sebelum ini dan gagal!! Kerana saya terlalu 'bangga' bila nampak badan saya mula turun berat.. gembira tetapi 'bangga' dan ianya menjurus kepada riak dan berlagak.. Padahal baru hilang 2 kilo... dan disebabkan 'bangga' itulah saya gagal dan tidak fokus dalam berdiet.. Yes.. apabila bangga yang menjurus kepada riak, adalah sangat tidak bagus untuk sesuatu program fitness yang kita amalkan.. ianya akan merendah-rendahkan orang lain yang lebih gemuk dari kita, jika kit...