Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?

Salam Info & Tips Guys!!!

Jom kita kenali, senaman yang bagaimana paling cepat membakar lemak?


Kenapa kita bersenam? sebab kita nak cepat bakar lemak? nak sihat? atau nak apa sebenarnya?

Ok, untuk memudahkan niat kita, biarlah kita bersenam tu lebih kepada nak sihat.. hehe.. bila ada rasa nak sihat, sudah pasti kita nak bersenam untuk membakar lemak badan kita kan? jangan lupa, ada juga yang bersenam nak naikkan berat otot.. hehehe..

Kali ini, saya kongsi berkenaan jenis senaman yang biasa orang ramai buat, cuma kadang-kadang tu, tak pasti yang mana sesuai untuk diri sendiri dan juga untuk mencapai objektif penurunan berat badan.


Senaman ada 2 jenis iaitu senaman kardio dan senaman bebanan.

Berdasarkan pengalaman saya, untuk fasa 6 bulan pertama.. saya lebihkan senaman kardio sebanyak 80% dan senaman bebanan 20%.

Bagaimana?

Saya bersenam 6 hari seminggu (5 hari saya buat kardio, dan 1 hari saya buat bebanan). Ini saya lakukan 6 bulan pertama bagi membakar lemak sahaja, tanpa melibatkan pengembangan otot).. sebab kalau buat bebanan, saya tiada kekuatan.. badan masih 'berat dengan lemak' jadi, otot tak berapa nak kuat.. jadi, saya banyak berbasikal dirumah, berlari setempat, berjalan, naik turun tangga dan lompat tali.

Saya ambil masa 6 bulan pertama untuk benar-benar 'enjoy' dalam membakar lemak.. Bila berat badan saya dah kurang dalam 7kg, ataupun masuk bulan ke 7, saya sudah semakin bertenaga, badan pun dah rasa ada power sikit, jadi saya fokuskan untuk buat senaman bebanan 60% dan senaman kardio 40%.

Ini ternyata, senaman bebanan lebih cepat membakar lemak.



Menurut Blog Susu Sejat, proses pembakaran lemak berlaku selepas 20 minit pertama kita melakukan senaman.. tidak kisahlah samada kardio dahulu ataupun bebanan dahulu..


Apabila selepas 20 minit pertama kita selesai buat senaman bebanan, dan kita sambung berlari, atau melompat tali, pastinya sumber tenaga kita akan dibakar melalui lemak badan kita.



Jadi, selepas saya masuk bulan ke 7, saya nampak peluang untuk membina otot semasa proses penurunan berat badan ni adalah paling terbaik, sebab kita buat sekali jalan.. hehe.. ada sesetengah orang tu, dia kuruskan badan dahulu, kemudian baru bina semula.. saya terus membina semasa proses penurunan.. hehe

Setelah berat saya sampai 67Kg, dalam tempoh 1 tahun,  fasa saya sekarang lebih kepada pembinaan otot dimana, saya fokus 90% senaman bebanan dan 10% senaman kardio.

Jom!! Follow Me...



Comments

Popular posts from this blog

Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?