Penting Ke Kadar Denyutan Nadi Dengan Senaman?

Salam Info & Tips Guys!!!

Ramai antara kita semua suka dan pernah bersenam.. tambahan pula.. pada waktu sekarang ini, ramai yang dah mula sedar tentang kepentingan bersenam..

Tetapi... Adakah kita semua sedar dan tahu berkenaan 'Kadar Denyutan Nadi' amat penting dalam bersenam? dan mempunyai peranan untuk proses pembakaran kalori dalam badan?

Apakah 'Kadar Denyutan Nadi'?


Denyutan nadi ataupun 'Heart Rate' adalah ritma pengepaman darah oleh jantung dalam tempoh seminit.. ianya juga dikenali sebagai 'beat per minute'

Semakin laju pengepaman darah berlaku, semakin lajulah beat per minute anda..


Cara pengiraan ialah dengan letakkan jari anda pada arteri di pergelangan tangan dan mengira berapa kali nadi anda berdenyut dalam tempoh 10 saat dan darab dengan 6... Nilai yang anda perolehi itu adalah Denyutan Nadi anda dalam seminit.. 

Dalam bersenam, anda perlu tahu sejauh mana kemampuan jantung anda mengepam darah untuk satu-satu masa anda bersenam.. berapa tinggi jantung anda mampu mengepam? Berapa jumlah nadi yang diperlukan untuk membakar lemak?

Untuk mengetahui berapa tinggi jantung anda mengepam, anda boleh mengira 'Maksimum Heart Rate' (HRmax) anda dengan formula :

HRmax = 220 - Umur Anda


Perlu diingat.. setelah anda dapat HRmax anda.. pastikan semasa anda bersenam, Denyutan Nadi anda tidak sampai HRmax.. kerana ianya boleh memudaratkan diri anda.. HRmax adalah sebagai kayu pengukur tahap senaman anda, adakah terlalu aktif atau tidak..

Apa yang perlu anda lakukan?


Setelah mengetahui HRmax.. anda perlu mencari pula 'Target Heart Rate' (THR) iaitu Denyutan Nadi Sasaran.. THR ini lah yang menentukan proses pembakaran kalori dan memudahkan anda membuat sesuatu senaman dengan berkualiti dan mantap.. 

Julat Target Heart Rate (THR) adalah lingkungan 60% ke 80% HRmax anda..



Jadi.. setelah anda mengetahui HRmax dan THR anda.. insyaallah.. anda pasti dapat melakukan senaman yang sangat berkualiti.. anda mungkin tidak mudah 'pancit'.. atau mendesak Jantung anda sehingga menyebabkan anda pengsan.. 

Ingat.. bersenamlah dengan betul agar tidak memudaratkan diri anda.. malah lebih memberikan kesihatan terbaik untuk anda...

Jom!! Follow Me...















Comments

Popular posts from this blog

Ada Beza Ke Aktiviti Senaman Dan Aktiviti Fizikal?

Senaman Kardio Vs Senaman Bebanan?