28 August 2014

SELAMAT DATANG KE BLOG : SHUTTERZGRAFFIX.BLOGSPOT.COM

Selamat datang ke Blog : ShutterzGraffix. 


Entry pertama :

Kali ini lebih kepada pengenalan "Who Is ShutterzGraffix"?

Menceburi bidang fotografi sudah lebih 5 tahun, bermula dengan kamera yang meggunakan filem, kamera pakai buang, kamera kompak, SLR dan terakhir menggunakan kamera DSLR.

Minat mendalam terhadap dunia fotografi bermula dari dorongan oleh ayah En. Johari Abdul Manaf (Jurukamera/Juruvideo) RTM yang banyak memberi input dan maklumat untuk mendalami ilmu fotografi ini. Antaranya, pengenalan subjek, jenis-jenis filem dan sifat filem itu sendiri, komposisi gambar, jenis-jenis 'shot', pencahayaan dan banyak lagi.

Pelbagai jenis ilmu fotografi telah dipelajari antaranya, fotografi perkahwinan, fotografi potret, fotografi majlis, fotografi jalanan dan terbaharu fotografi manipulasi.

Saya juga telah mempelajari sedikit sebanyak ilmu fotografi didalam laman web antaranya, Norizam Sabran, Ikram Ismail, Ir Fakhrurazi, dan juga mengikuti kelas-kelas asas fotografi dan banyak bengkel yang dianjurkan oleh individu-individu hebat dalam dunia fotografi tanah air.

Oleh kerana minat yang mendalam, saya juga telah menyediakan nota ringkas berkenaan asas fotografi kepada 'fotog-fotog' diluar sana untuk menjadikannya sebagai rujukan. "Sharing is Caring". Mungkin nota saya tidak memenuhi citarasa atau ilmu yang dikehendaki tapi, ianya sedikit sebanyak mungkin membantu dalam mendapatkan 'shot-shot' yang menarik.

Selamat men'download' di entry yang berikutnya..

Chill..!!!



No comments:

Post a Comment