29 August 2014

KERJAYA

Entry kedua :

Selain dari mempelajari ilmu fotografi, aku juga telah diambil bekerja di sektor awam (Badan Berkanun) sebagai seorang jurufoto jabatan (mungkin kerana pengalaman aku) dan juga pereka grafik.

Tugasan aku lebih kepada membuat iklan-iklan untuk mempromosikan produk-produk jabatan antaranya iklan akhbar, iklan web, dan juga iklan di tempat kerja sendiri.

Tugas sebagai jurufoto jabatan pula, lebih kepada merakamkan majlis-majlis rasmi, dan juga lawatan-lawatan dari luar dan juga dari dalam.

Sebagai pekerja di sektor awam dan diberi amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pereka grafik dan jurufoto, memang sesuatu yang amat aku minati. Manakan tidaknya, gambar dan grafik serta editing tidak dapat dipisahkan. Dari gambar, maka akan lahirlah idea dalam mereka grafik untuk sesuatu gambar yang diambil.

Seperti biasa, orang disekeliling akan sentiasa berkata-kata, "alah keje grafik designer kat gomen, hasilnya sooo gomen....." faham kan maksud tu?? Pada aku, 'sooo gomen' tu menjurus kepada pemilihan boss-boss zaman dahulu yang lebih memberi idea 'mungkin terbaik' kepada pereka mereka untuk menjadikan karya mereka 'soooo gomen'.. bukanlah lahir dari pereka itu sendiri.

Aku pernah terbaca luahan dari seorang pereka grafik swasta, keluhan dia memang menceritakan perihal masalah-masalah yang dihadapi oleh pereka grafik yang bekerja di sektor gomen atau yang mengambil tender dari gomen. Apa yang diluahkan memang aku pernah mengalaminya.

Tapi, itu bukanlah bermaksud aku nak kutuk gomen or what so ever, aku bangga kerja dengan gomen, pada aku, 'saya yang menurut perintah' itu memang tepat kepada setiap pekerja di sektor gomen, mana tidaknya, pekerja bawah mestilah menurut arahan pihak atasan. Tetapi, pada aku, selagi karya yang aku hasilkan releven dengan situasi atau peredaran masa terkini, dan dengan alasan-alasan setiap apa yang aku hasilkan, aku tidak akan teragak2 untuk mempertahankan karya aku sehinggalah persetujuan diantara majikan dan pekerja tercapai.

So, alhamdulillah, di tempat aku bekerja sekarang, istilah 'sooo gomen' tu tidak kedengaran dan sekiranya ada pun, akan aku cuba untuk menghilangkannya, kerana pada aku, ianya satu cabaran yang membina dan aku kena senantiasa memandang ke hadapan, mencari idea-idea baru dan senantiasa 'update' rekaan grafik terkini sesuai dengan peredaran masa.

Chill....!!!






No comments:

Post a Comment